老黄 wrote:8月16日(星期日)
昨晚半夜回到家里,今早五点多又出门,去瓜丁。
其实,星期五下午才收到信,15-20日在瓜拉丁加奴有个课程,我得出席。看看名单,都是学院里的卓越讲师,我猜想这是上面的领导要我们去的,无法推辞。我只是向主办单位要求迟一天到,也就是16日早上8点之前。欣慰对方答应了。
补充材料:
Program Sekolah Transformasi, Kementerian Pendidikan Malaysia
http://siew07.blogspot.my/2015/09/progr ... rmasi.html
Pengenalan
Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 19 Februari 2015 telah meluluskan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) di 100 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.
Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) ini merupakan replikasi Sekolah Amanah (dijalankan oleh LeapEd: anak syarikat Yayasan Amanah).
Objektif Program Sekolah Transformasi ialah:
1) Mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik Sekolah Amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah
2) Membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan yang berstruktur kepada Pembimbing Kepimpinan (PK) dan Pembimbing Pedagogi (PP) serta pemimpin sekolah transformasi. Pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh KPM; dan
3) Menggalakkan dan mengamalkan:
* pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid
* pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan
* pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid, peningkatan capaian dan penggunaan ICT
* pelibatan aktif komuniti setempat
Konsep Sekolah Transformasi
Satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.
Pelaksanaan program ini turut melibatkan Rakan ELIT daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminudin Baki (lAB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah yang terlibat.