Page 1 of 1
祖纳的幽默
Posted: 27-11-14 Thu 11:29 pm
by 老黄
Posted: 28-11-14 Fri 12:07 am
by 老黄
Posted: 12-12-14 Fri 11:35 pm
by 老黄
Posted: 04-04-15 Sat 1:11 pm
by 老黄
遭到对付了,竟然还那么嘴硬。
Mereka boleh tangkap saya, tetapi mereka tak akan dapat menghalang minda saya
SAYA bebas petang semalam (kira-kira 4.30 ptg waktu Malaysia) selepas ditangkap semula di bawah Akta Multimedia kerana sebuah posting di dalam Facebook yang bukan saya buat dan bukan saya yang post. Sebelum itu saya dikenakan sembilan (9) tuduhan di bawah Akta Hasutan yang jika disabit kesalahan boleh dikena hukuman 4 (1) C Akta Hasutan yang membawa hukuman maksima tiga tahun penjara dan denda RM5000.00 atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan. Ertinya jika sabit semua kesalahan, saya akan dipenjara 27 TAHUN. Wang jaminan adalah RM22,500.00. Sembilan tuduhan dengan wang ikat jamin yang begitu tinggi adalah satu usaha baru untuk menghentikan saya dari terus melukis. Sebelum ini, banyak usaha taktik dilakukan pihak berkuasa dalam usaha menakut-nakutkan saya. Saya sudah beberapa kali ditangkap, dilokap, buku diharam, dirampas, pengilang dan pekedai diugut, webmaster disiasat. Ingin ditegaskan, bakat bukan milik saya, tetapi pemberian Allah yang diiringi tanggungjawab. Kerana itu bakat harus diguna untuk kepentingan rakyat bagi menentang sebuah kerajaan zalim. "Saya akan terus melukis hingga ke titisan dakwat terakhir."
-4 April 2015