小学童军的课程纲要

小童军,大本事!

版主: 杨杨franklinfranklin杨杨杨杨franklin

豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

PERUTUSAN



SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK ini digubal berdasarkan yang telah disediakan pada tahun 1976. Skim Baru ini memberi penekanan yang lebih kepada kemahiran asas dengan isi kandungannya ditokok tambah di mana perlu.



Dalam kebanyakan topik Skim Latihan baru ini terdapat beberapa latihan kemahiran dan pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian Pengakap Kanak-kanak dapat mempelajari berbagai-bagai kemahiran dan bidang pengetahuan yang disusun dalam setiap latihan. Untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran Pengakap Kanak-kanak diberi program latihan pengkayaan pengetahuan dan pelbagai jenis aktiviti sokongan seperti aktiviti keharmonian, keagamaan, kebudayaan, kesegaran, dan perkhidmatan.



Selain dari itu beberapa penyerapan mengenai topik-topik yang bersangkut paut dengan hal ehwal semasa yang hangat dibincangkan dan dilakukan dari masa ke masa dan perhatian kepada pemeliharaan alam sekitar, haiwan, tumbuhan dan perkhidmatan kemasyarakatan.



Setelah Pengakap Kanak-kanak melalui program latihan asas, ia dilatih pula dengan aktiviti pengkayaan pengetahuan berdasarkan perkembangan kepintarannya melalui program berbagai aktiviti yang disediakan ini, adalah diharap pada akhir latihan ini ia akan dapat memperkembangkan mental dan bakat, mempunyai semangat berdikari dan bekerjasama.



Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kerja Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohamad Kamarudin, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Unit Pengakap Kanak-kanak Tuan Haji Idros Haji Paiman, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Tugas Khas Yang Mulia Ku Bahador Ku Baharom dan Jurulatih jemputan kerana atas dorongan dan toleransi mereka semasa berbincang menggubal Skim Latihan ini hingga siap tersusun buku ini.
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

Pendahuluan



PENGAKAP KANAK-KANAK adalah bahagian pertama yang dialami seorang budak apabila ia memasuki Pergerakan Pengakap. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.



Untuk menjadi Pengakap Kanak-kanak, budak itu hendaklah telah berumur 8 tahun dan belum sampai 13 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Kanak-kanak apabila umurnya telah sampai 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Rendah.



Bahagian ini dijalankan dibawah pimpinan seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dengan dibantui oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau perempuan dewasa. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari sekawan 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan.
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

Sukatan Pelajaran Lencana Keahlian

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian,seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya.

1.Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

2.Prinsip Rukunegara yang lima itu.

3.Tabik dan Hormat Pengakap,Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.

4.Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.

5.Laung Agung.
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

2.0 LENCANA WAJIB


Setelah mendapat Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat salah SATU daripada berikut:

a.Lencana Ahli Renang

b.Lencana Ahli Penunggang Basikal


Cara Memakainya : Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan kemeja sebelah kiri.
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

LENCANA KERIS GANGSA

3.0

 

3.1 Kesetiaan


1.Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan.



2.Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada.



3.Mengetahui Lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-kanak.



4.Mengetahui Pengertian Rukunegara.



5.Mengenal dan mengecam D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, dan D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah serta T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri, serta isteri bagi negeri di mana ia berada.



6.Mengulangi Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.



7.Mengulangi kefahaman Hormat Pengakap, Isyarat Pengakap dan Salam Pengakap.



8.Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak kumpulannya serta alamat mereka sekali.



9.Mengetahui serba ringkas sejarah perkembangan Kumpulan Pengakap Kanak-kanak di sekolahnya.



10.Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Surau,Gereja, Kuil,Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya,



11.Nilai beribadat mengikut agama masing-masing.

 
3.2 Kesihatan Dan Keselamatan


1.Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan badan serta mengetahui bagaimana membersihkan gigi, sebab berlaku kebusukan gigi, mengelakan busuk gigi, merawat segera sekiranya sakit gigi; bagaimana mengerat kuku, memelihara rambut, tangan, kaki dan sistem pernafasan.



2.Mengetahui cara membersihkan bilik mandi dan tandas di rumah serta tempat pembuangan sampah; mengawal kebersihan sumber minuman dan mencegah daripada berlakunya keracunan makanan dan mengatasinya.



3.Mengetahui betapa mustahaknya memakai kasut dan selipar di rumah sesuai dengan keadaan tempat serta cara menjaga kasut.



4.Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil, atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.



5.Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit.



6.Mengetahui bahaya bermain mata pisau cukur dan sebarang jenis mata pisau yang tajam. (Ingatan : Pengakap Kanak-kanak boleh membawa pisau lipat (Jack Knife) setelah mendapat kebenaran dari Pemimpinnya.)



7.Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.



8.Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan dari orang dewasa, jika berlaku sebarang kemalangan; mendapatkan almat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba, doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja Ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.



9.Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalanraya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejentas dan lintasan lain-lain.



10.Mengetahui sebab utama berlakunya kemalangan jalanraya bagi penunggang basikal dan cara mengawal keselamatan semasa naik dan turun dari bas, keretapi, dan teksi.



11.Mengenal isi kandungan peti pertolongan cemas.




3.3 Kecekapan


1.Mengetahui Latihan Asas Perbarisan seperti Masuk Baris, Senang Diri, Rehatkan Diri, Ke Kanan Lurus, Pandang Depan, Keluar Baris, Ke kanan Pusing, Ke kiri Pusing dan Bersurai.



2.Mengetahui kemahiran asas bagi Permainan Pasukan.



a.Kemahiran asas untuk bermain bola sepak seperti cara hantaran bola, mengelecek, menyepak biasa, menyepak leret, menyepak lambung, menanduk, menjaga gol; dan latihan bermain bola.



ATAU



b.Kemahiran asas untuk bermain bola jaring seperti hantaran paras bahu, paras dada, paras pinggang, lantunan, jaringan gol atas kepala dan gerakan kaki.



3.Mengetahui cara mengekalkan kesegaran fizikal seperti latihan memanjat tali, memegang tali paras muka, menyepit tali dengan kedua belah kaki. (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter dengan saiz tali 1.5 inci garis pusat).



4.Mengetahui cara meraut sebatang kayu dengan menggunakan sebilah pisau kecil (Pisau lipat). Mengetahui cara mengasah pisau, membubuh minyak dan membersihkannya setelah digunakan.



Ingatan :

Pengakap Kanak-Kanak dilarang membawa apa jua bentuk pisau, melainkan pisau lipat kecil dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pemimpinnya.



5.Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : Perhentian Bas, Keretapi, Teksi, Balai Bomba, Hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dll.



6.Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malay­sia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, nama Daerah dan Negeri.



7.Mengetahui segala isyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikul arah ini", "jangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang".



8.Mengetahui cara mengikat tali kasut, Simpul Buku Sila dan gunanya serta mengikat sebuah bungkusan.




3.4 Penyertaan


Menjalankan dua (2) daripada aktiviti di bawah ini.



3.4.1 Menanam pokok bunga pada pasu atau pada kotak di dalam rumah dan di luar rumah Kaji kesuburan pokok-pukok itu dan catatkan pcrkembangannya dalam Buku Log.



3.4.2 Mengetahui cara penyuburan pokok seperti pembajaan, penyiraman dan lain-lain.



3.4.3 Membuat batas dan menanam pokok bunga yang beraneka wama padanya di halaman rumah sendiri dengan bimbingan dan bantuan ibu bapa atau orang dewasa.



3.4.4 Membantu ibu bapa di rumah dan guru keceriaan di sekolah memelihara pokok-pokok bunga dan keindahan sekitar.



2.Menyimpan seekor haiwan kesayangan seperti arnab, kucing, anjing, burung dan lain-lain, dan mengetahui cara memeliharanya.



ATAU


3.2.1 Mengetahui bagaimana peladang memelihara binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau, faedah yang didapati darinya; mengetahui cara bagaimana Pengakap Kanak-kanak dapat menolong dalam hal pemeliharaan itu.



3.Telah membaca sekurang-kurangnya sebuah buku mengenai cara memelihara binatang / haiwan kesayangan seperti arnab, anjing dan sebagainya; dan dapat menerangkan cara memeliharanya kepada pemimpin pengakapnya, atau kepada ibu bapa atau teman sebayanya.



4.Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurangnya lima buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada pemimpin pengakapnya atau rakan sebayanya; mengetahui bagaimana cara menyampul buku dan mengetahui cara membuka buku yang baru.



5.Mengetahui membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya kumpulan pengakap sekolahnya.



6.Mengambil bahagian dalam persembahan drama lakonan dan tarian di sekolah.



7.Boleh berlakon dengan baik satu babak pantomin menggambarkan Satu peristiwa sama ada berseorangan, berpasangan atau beramai-ramai, cerita yang berkait dengan pendidikan moral, keharmonian, kesetiaan kepada ibu bapa, ketua dan apa jua peristiwa yang mewujudkan ikatan kekeluargaan bagi insan yang berbudi mulia.



8.Membuat Mini Muzium di rumah hasil kutipan hobinya seperti batu-batan, karangan laut yang akan ditunjukkan kepada pemimpinnya.



9.Membuka sebuah buku akaun dan lain-lain akaun simpanan Wang di Bank.




3.5 Perkhidmatan


1.Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan.



2.Melalui kumpulan sekawannya dengan diketuai oleh pemimpinnya melawat ke rumah kanak-kanak yatim piatu, kanak-kanak cacat akal, dan melawat ke rumah penempatan warga tua.



3.Menceritakan secara lisan atau dengan perantaraan lakonan yang bersiri tentang kejayaan seseorang dalam satu peristiwa ia membuat khidmat bakti kepada orang ramai dengan memberi kepuasan kepadanya.



4.Menerangkan secara ringkas mengapa sekolahnya mengenakan hukuman kerana membuang sampah di merata tempat dan mengapa peraturan undang-undang itu diadakan. Menunjukkan cara bagaimana pengakap kanak-kanak dapat memainkan peranan melaksanakan peraturan itu di sekolah.



5.Menawarkan khidmat kemasyarakatan di rumah ibadat sama ada secara sekawan atau Pek.



6.Menyediakan sehuah Buku log Perkhidmatan Catatan mingguan dengan menunjukkan segala khidmat sukarela yang telah dilalui.
头像
帖子: 1669
注册时间: 29-07-05 周五 10:22 pm
来自: N.Sembilan - Selangor

如果放些活动或一些资料参考,那么我们童军老师就有东西教学生了!!因为每次课外活动就会很头痛。。。
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

LENCANA KERIS PERAK
4.0



4.1 Kesetiaan


1.Boleh menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan Lagu Negeri masing-masing sama ada berseorangan atau beramai-ramai.



2.Mengetahui lambang kandungan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing (di mana pengakap kanak-kanak itu tinggal) dan mengetahui cara melipat bendera untuk disimpan serta melukisnya.



3.Mengetahui dan melukis lambang Pengakap Malaysia.



4.Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertuan Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan.



5.Mengetahui Persetiaan dan Undang-undang Pengakap serta maknanya mengikut kebolehan kadar umurnya.



6.Mengecam dan mengenali Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanak dan nama Pesuruhjaya Daerahnya serta mengetahui nama penuh mereka.



7.Mengetahui sejarah ringkas perkembangan pengakap dan juga nama tokoh pengakap di daerahnya.



8.Mengetahui rukun sembayang.

(Contohnya, bagi penganut yang beragama Islam);



8.1.1 Mengetahui Azan dan Iqamah.



8.1.2 Mengetahui maksudnya waktu sembahyang bagi setiap waktu yang lima. (Sembahyang fardhu sehari semalam)



8.1.3 Mengetahui doa selepas mengambil wudhuk dan doa pendek selepas sembahyang.



8.1.4 Mengetahui peraturan sembahyang jemaah fardhu Jumaat. Bagi yang bukan penganut beragama Islam mestilah mengetahui peraturan sembahyang yang diadakan seminggu sekali di Gereja, di Kuil dan sebagainya mengikut peraturan agama masing-masing.


 

4.2 Kesihatan dan Keselamatan


1.Mengetahui kebersihan fizikal dan mental serta menyatakan perlunya kebersihan diri, rumah dan persekitaran. Cara-cara pembuangan kotoran manusia dengan baik merupakan satu daripada hukum kesihatan yang utama seperti berludah, berkahak, membuang hingus, dan sampah di merata tempat akan mendatangkan bahaya dan pencemaran alam.



2.Mengetahui kelaziman yang menyebabkan kulit melecur,mengelupas kena sinaran cahaya matahari dan cara mengatasinya.



3.Mengetahui faedah senaman. Mengamalkan 6 jenis senaman tradisi pengakap oleh B-P untuk ketahanan, kecekalan, dan ketrampilan meliputi pergerakan kepala, dada, pinggang, perut. punggung, peha, betis, kaki, tapak tangan dan jari.



4.Mengetahui cara pernafasan tradisi pengakap oleh B-P. Menarik nafas untuk udara ke dalam paru-paru dan dada.



5.Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.



6.Mengetahui cara perawatan penyakit kulit seperti kudis, puru, panau, kurap dan gatal-gatal yang mudah berjangkit.



7.Menunjukkan bagaimana mencuci dan membalut jari yang luka, melecur, terkena api atau benda-benda yang panas.



8.Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti, seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain.



9.Mengetahui bahaya menggunakan ubat tanpa nasihat doktor.



10.Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas.

 

 
4.3 Kecekapan

1.Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan :



4.3.1 Ke belakang pusing.

4.3.2 Buka Barisan

4.3.3 Tutup Barisan



2.Mengukuhkan asas ikatan :

Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak.



3.Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera.



4.Mengetahui latihan asas untuk bermain bola tampar seperti pukul mula cedok, hantaran paras atas kepala, hantaran cedok dan berlatih bermain bola tampar.



ATAU



Mengetahui kemahiran asas untuk Permainan Pasukan : Kemahiran Rounders - cara memegang kayu pemukul, memukul,gaya lakuan pukul, memerangkap bola leret.Latihan bermainan Rounders.



5.Mengetahui cara mengekalkan keadaan fizikal. Panjat tali yang tingginya tidak melebihi 5 meter. Memanjat menggunakan tangan dan kaki untuk bertahan dan turun menggunakan tangan sahaja.



ATAU



Mengumpul sejarah keharmonian keluarga : Membuat buku peringatan sejarah keluarga yang mengandungi gambar pertalian dengan keluarga bermula dari datuk dan sebagainya; tarikh lahir, perkahwinan, kematian dan lain-lain.



6.Mengetahui kemahiran renang dan peraturan keselamatan di air. Keselamatan semasa turun di air, timbul tenggelam, cara menahan nafas, meluncur, meniarap, gaya rangkak, gaya tangan atas kepala, gerak tangan, mengapung dan meniarap.



(Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air yang dalamnya paras pinggang Pengakap Kanak-kanak dengan tunjuk cara dari pemimpinnya atau orang dewasa sebagai pembantu.)



ATAU



Menjalankan satu tugas dengan berbasikal secara individu atau kumpulan :



(a) Mengepos surat



(b) Ke Balai Bomba



(c) Ke Klinik / Balai Polis / Balai Penghulu.

 

 

4.4 Penyertaan


1.Mengetahui sifat khusus haiwan yang hidup di udara dan di darat:-



1.1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya nama 5 jenis burung dan sifatnya.



1.1.2 Catatkan nama burung-burung yang dapat dilihat setiap minggu dalam Buku Log berkenaan.



1.1.3 Menjejak burung ke sarangnya dan memerhati bagaimana burung membuat sarangnya dan menyatkan kepada pemimpin apa yang dilihatnya.



1.1.4 Menyediakan tempat makan / minuman burung (Feeder).



2.Mengetahui keperluan tumbuhan untuk hidup mendapatkan makanannya seperti bahan pembinaan dari cahaya, air, karbon dioksida; Cara pengambilan air dan karbon dioksida, serta cara tumbuhan menyimpan makanan. Menanam tomato, lada dalam kotak, dalam pasu, mengetahui cara pengadunan tanah, pembajaan, dan penyiraman.



3.Mengetahui betapa mustahaknya memakan makanan yang bersih dan cara mengelakkan makanan menjadi tercemar.



Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap hari seperti karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian.



3.3.1 Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap hari seperti sayuran, buahan, bijiran, protein bahan minuman air dari buah.



3.3.2 Mengetahui makanan seimbang dan bahan-bahannya.



3.3.3 Menghias meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta membersihkan dapur setelah digunakan.



4.Mengetahui Sains Komputer:



4.4.1 Keseronokan menggunakan komputer dengan mengadakan lawatan bersama pemimpin kamu ke tempat komputer sedang digunakan. Sebab komputer digunakan.



4.4.2 Permainan komputer



4.4.3 Cara menghidupkan dan mematikan komputer.



ATAU



4.4.1 Boleh mengucapkan ucapan "Hello" / Apa khabar dalam 10 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.



4.4.2 Boleh menyebut angka 1 hingga 10 dalam 5 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.



5.Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang siling / Kad Uniphone ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon.



6.Menambah simpanan wang di Bank Simpanan Nasional hingga sebanyak sekurang-kurangnya $5.00.



7.Menyertai satu kumpulan tarian / nasyid dan mencadangkan jenis pakaian untuk tarian / nasyid yang akan dipersembahkan.

 

 

4.5 Perkhidmatan


1.Mengumpulkan pakaian lama yang telah terpakai dan barang permainan kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada yang memerlukannya.



2.Mengetahui cara menggunakan telefon, akhbar, TV / Radio, isyarat semaphore, isyarat kepulan asap, memukul gendang, kentung, wisel. (Pilih 3 sahaja)



3.Mendengar syarahan penceramah undangan seperti Doktor Gigi / Jururawat. Pegawai Bomba, Merinyu Polis dan lain-lain dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan ahli Pek tentang bagaimana Pek dapat membantu mereka dalam menjalankan kewajipan kepada masyarakat.



4.Menyediakan sebarang doa selamat untuk Pek dan membincangkannya dengan Pemimpin Pek.



5.Menyimpan akaun perbelanjaan mingguan selama seminggu tentang bagaimana wang saku sendiri dibelanjakan dan bagaimana wang dapat dijimatkan untuk simpanan dalam Bank Simpanan Nasional.



6.Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan tangan, kaki, tuala, baju jeket, kayu, tali, dan sebagainya.



(Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

佩珊 写道:如果放些活动或一些资料参考,那么我们童军老师就有东西教学生了!!因为每次课外活动就会很头痛。。。
活动可以根据纲要编写,成功完成活动后就可以给予学生有关徽章作为奖励。

备注:
学生必须拥有相关徽章的BUKU LOG,才可以正式给予徽章和徽章文凭。
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

LENCANA KERIS EMAS
5.0



5.1 Kesetiaan


1.Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik seperti lagu "Selamat Jalan Pahlawanku", "Tanah Pusaka", "Malaysia Berjaya" dan lain-lain lagu ciptaan semasa.



2.Mengenali Jata Negara Malaysia dan Jata Negeri dan Mengetahui di mana mereka berada. Boleh melipat bendera dan membimbing tunjukcara kepada seorang pengakap kanak-kanak yang lain yang akan mengambil ujian Lencana Keris Perak.



3.Mengetahui nama dan mengenal Datuk Bandar, Pegawai Daerah, Pegawai Pendidikan Daerah, Penghulu, Ketua Kampung, Wakil Parlimen dan wakil Rakyat tempat Pengakap Kanak-kanak tinggal.



4.Mengetahui nama penuh dan mengenali Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.



5.Mengamalkan rukun agama masing-masing. Penganut beragama Islam hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah. Mengetahui ucapan kalimah syukur, doa hendak makan, tidur, berjalan jauh,dan doa ketika dalam ketakutan. Penganut bukan beragama Islam diminta merujuk kepada agama masing-masing.



6.Mengetahui dan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T Yang Di Pertua Negeri masing-masing.



7.Mengetahui dan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Kanak-kanak, Hari Keluarga dan hari-hari yang diraikan oleh Negeri / tempatan masing-masing.



 

5.2 Kesihatan dan Keselamatan


1.Mengetahui sekurang-kurangnya lapan peraturan hidup sihat dan bahagia.



2.Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya.



3.Mengetahui maksud pertolongan cemas dan bagaimana mendapatkan bantuan kecemasan segera melalui telefon ke Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Klinik, kerana pergaduhan, kebakaran, kemalangan seperti keracunan, kejutan, kelemasan, serangan jantung, gila babi dan sebagainya.



4.Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis balutan : pembalut jari, pembalut tangan, pembalut bersegi tiga dan anduh pembalutan bersegi tiga.



5.Mengetahui bagaimana mengikat anduh dengan menggunakan simpulan buku sila.



6.Mengetahui cara menjaga keselamatan di air ketika belajar berenang, turun ke air, timbul tenggelam, mengharung, dan mendekam.



(Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air sedalam paras pinggang dengan diawasi oleh pemimpin atau orang dewasa yang berpengalaman mengenai hal tersebut).



7.Mengetahui cara berenang seperti meluncur, meniarap, tendang keribas. Latihan ini dibuat di atas permukaan air dengan pengurusan yang sama seperti No.6 di atas.



8.Mengumpul Maklumat Media : menyimpan keratan / suntingan bahan cetak sama ada dari akhbar dan majalah yang ada mesej. Pengakap Kanak-kanak hendaklah menyimpan buku catatan selama 6 bulan bagi tajuk : Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan.

 



5.3 Kecekapan


1.Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah", "Cepat Jalan, "Berhenti" dan "Hormat".



2.Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar, menurun dan melipatkan bendera.



3.Mengetahui kemahiran asas Permainan Pasukan seperti Sepak Takraw, Badminton dan peraturannya.



4.Mengetahui kemahiran asas permainan bola baling dan peraturannya.



5.Mengetahui kemahiran asas (Pilih SATU sahaja) seni mempertahankan diri seperti : Silat, Pencak, Tae Kwon Do, Karate dan sebagainya.



6.Mengetahui cara mengekalkan kesegaran fizikal, seperti memanjat tali dengan cepat dengan menggunakan pengalaman Ujian Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak.Tinggi tali tidak lebih dari 6 meter.



7.Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti :

merangkak, merangkak di bawah jaring / jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet.



8.Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan simpul sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya.



9.Membantu Pengakap Muda semasa mendirikan khemah dan menurunkan khemah untuk dilipat.



5.4 Penyertaan


1.Mengetahui sifat khusus hidupan di air dan mengenali 5 jenis nama ikan di laut dan di sungai.



3.1 Mengetahui jenis umpan untuk memancing ikan dan cara memasang umpan di mata kail.



3.2 Mengetahui cara menggunakan joran untuk memancing ikan.



(Ingatan : Pengakap kanak-kanak hendaklah ditemani oleh seorang dewasa semasa pergi mengail sama ada di tepi laut, di tebing sungai atau di tepi tasik.Ia harus mengetahui Peraturan keselamatan ketika di air.)



2.Mengetahui peringkat tumbuhan di hutan simpanan kerajaan.



3.1 Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan nyatakan kegunaan kepada manusia.



3.2 Menunjukkan satu carta kepada pemimpin gambaran pusingan hidupan pokok-pokok di hutan.



3.3 Menyediakan sekurang-kurangnya 3 jenis contoh kayu hutan yang digunakan untuk membina bangunan di negara kita.



3.Membuat satu daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri :



3.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas, sebuah kotak untuk surat-surat, dan sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang.



3.2 Membuat patung sarung jari puppet / patung puppet bertali yang boleh digerak-gerakkan dan membuat panggung puppet.



3.3 Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara.



3.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurang satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.



4.Mengetahui pemeliharaan Alam Sekitar.



Ingatan : Memilih 2 Bahagian sahaja dari tiga bahagian di bawah ini :-



4.1 Membuat sebuah Mini Zoo serangga di rumah yang menunjukkan sekurang-kurangnya 2 jenis semut, belalang, kupu-kupu dan lain-lain yang dipelihara dengan sempurna untuk pemerhatian kajian sendiri selama 3 bulan mengenai peringkat kehidupan dan menulis segala catatan di dalam buku log.



4.2 Menyediakan sebuah akuarium ikan atau terrarium (tumbuhan) dan memerhati peringkat kehidupan pemeliharaan Pengakap Kanak-kanak itu selama 3 bulan yang dicatat di dalam buku log.



4.3 Melawat ke Muzium bersama Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dan membuat pemerhatian mengenai hidupan alam (Nature Study).



ATAU



4.4 Melawat ke pusat sains atau ke Zoo bersama Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau ibu bapa / Keluarga dan menjalankan pemerhatian / kajian apa yang dilihat.



5.Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rentak. Menyanyi dengan harmoni mengikut melodi dan boleh menyanyi dengan berbagai tempo (cepat, lambat, berubah-ubah, dan sederhana) melalui lagu-lagu seperti di bawah ini :

 

(Buat DUA bahagian sahaja)



5.1 Menyanyi SATU lagu yang berirama tradisi seperti lagu "Rasa Sayang".



5.2 Menyanyi SATU lagu rakyat setempat seperti Nasyid. Syair, Boria, Ghazal, Dikir Barat dan Dondang Sayang.



5.3 Menyanyi SATU lagu asli seperti "Tudung Periok", "Seri Mersing" dan lain-lain.



5.4 Menyanyi sekurang-kurangnya DUA lagu pengakap tradisi dan DUA lagu pengakap antarabangsa.



6.Boleh berlakon SATU babak cerita pendek berdasarkan nilai agama, tradisi kebudayaan atau nilai-nilai masyarakat berbilang bangsa.



7.Boleh koreografikan satu tarian kebudayaan untuk persembahan dalam pementasan atau pertunjukan.

 

 

5.5 Perkhidmatan


1.Bersama sekawan / Pek / Kumpulan Pengakap Kanak-kanak membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam.



2.Membantu ibu bapa atau keluarga mengatur persiapan satu ekspedisi atau perkelahan dan melaporkan kepada Pemimpin selepas balik.



3.Berikhtiar membantu rakan sebaya yang sedang dalam kesusahan / kesedihan kehilangan / kematian keluarga / kemalangan.



4.Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti.



5.Melukis atau membuat model peta kasar kawasan tempat tinggal sendiri dengan menunjukkan tempat kemudahan awam seperti Pejabat Pos, Hospital, Klinik Kesihatan, Tempat Beribadat, Balai Penghulu, Penggawa, Sekolah dan Tempat Rekreasi.



6.Membantu Pemimpin dalam pengurusan untuk enam sekawan mengatur Program Malam Pengakap.



7.Meneruskan kegiatan Perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak.

 
豪坤
Site Admin
帖子: 2793
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
(Warna Biru)

6.0



Pengakap Kanak-kanak setelah mendapat : Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu Lencana Wajib, dua Lencana Kegemaran, dua Lencana Pengetahuan dan dua Lencana Perkhidmatan. Ia layak memakai Rambu Pengakap Kanak-kanak dengan syarat :



6.1 Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan.

6.2 Berkelakuan baik.

6.3 Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi.


Hanya ketua sekawan dan penolong ketua sekawan sahaja boleh memasang wisel pada rambu ini.



Caranya potongkan pangkal tali penyokong yang tidak beranyam itu dan ikatkan wisel padanya seperti gambarajah di atas bagi lain-lain pengakap tidak boleh memasang.
回复

回到 “童军小本营”