LENCANA KERIS PERAK
4.0
4.1 Kesetiaan
1.Boleh menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan Lagu Negeri masing-masing sama ada berseorangan atau beramai-ramai.
2.Mengetahui lambang kandungan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing (di mana pengakap kanak-kanak itu tinggal) dan mengetahui cara melipat bendera untuk disimpan serta melukisnya.
3.Mengetahui dan melukis lambang Pengakap Malaysia.
4.Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertuan Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan.
5.Mengetahui Persetiaan dan Undang-undang Pengakap serta maknanya mengikut kebolehan kadar umurnya.
6.Mengecam dan mengenali Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanak dan nama Pesuruhjaya Daerahnya serta mengetahui nama penuh mereka.
7.Mengetahui sejarah ringkas perkembangan pengakap dan juga nama tokoh pengakap di daerahnya.
8.Mengetahui rukun sembayang.
(Contohnya, bagi penganut yang beragama Islam);
8.1.1 Mengetahui Azan dan Iqamah.
8.1.2 Mengetahui maksudnya waktu sembahyang bagi setiap waktu yang lima. (Sembahyang fardhu sehari semalam)
8.1.3 Mengetahui doa selepas mengambil wudhuk dan doa pendek selepas sembahyang.
8.1.4 Mengetahui peraturan sembahyang jemaah fardhu Jumaat. Bagi yang bukan penganut beragama Islam mestilah mengetahui peraturan sembahyang yang diadakan seminggu sekali di Gereja, di Kuil dan sebagainya mengikut peraturan agama masing-masing.
4.2 Kesihatan dan Keselamatan
1.Mengetahui kebersihan fizikal dan mental serta menyatakan perlunya kebersihan diri, rumah dan persekitaran. Cara-cara pembuangan kotoran manusia dengan baik merupakan satu daripada hukum kesihatan yang utama seperti berludah, berkahak, membuang hingus, dan sampah di merata tempat akan mendatangkan bahaya dan pencemaran alam.
2.Mengetahui kelaziman yang menyebabkan kulit melecur,mengelupas kena sinaran cahaya matahari dan cara mengatasinya.
3.Mengetahui faedah senaman. Mengamalkan 6 jenis senaman tradisi pengakap oleh B-P untuk ketahanan, kecekalan, dan ketrampilan meliputi pergerakan kepala, dada, pinggang, perut. punggung, peha, betis, kaki, tapak tangan dan jari.
4.Mengetahui cara pernafasan tradisi pengakap oleh B-P. Menarik nafas untuk udara ke dalam paru-paru dan dada.
5.Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.
6.Mengetahui cara perawatan penyakit kulit seperti kudis, puru, panau, kurap dan gatal-gatal yang mudah berjangkit.
7.Menunjukkan bagaimana mencuci dan membalut jari yang luka, melecur, terkena api atau benda-benda yang panas.
8.Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti, seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain.
9.Mengetahui bahaya menggunakan ubat tanpa nasihat doktor.
10.Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas.
4.3 Kecekapan
1.Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan :
4.3.1 Ke belakang pusing.
4.3.2 Buka Barisan
4.3.3 Tutup Barisan
2.Mengukuhkan asas ikatan :
Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak.
3.Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera.
4.Mengetahui latihan asas untuk bermain bola tampar seperti pukul mula cedok, hantaran paras atas kepala, hantaran cedok dan berlatih bermain bola tampar.
ATAU
Mengetahui kemahiran asas untuk Permainan Pasukan : Kemahiran Rounders - cara memegang kayu pemukul, memukul,gaya lakuan pukul, memerangkap bola leret.Latihan bermainan Rounders.
5.Mengetahui cara mengekalkan keadaan fizikal. Panjat tali yang tingginya tidak melebihi 5 meter. Memanjat menggunakan tangan dan kaki untuk bertahan dan turun menggunakan tangan sahaja.
ATAU
Mengumpul sejarah keharmonian keluarga : Membuat buku peringatan sejarah keluarga yang mengandungi gambar pertalian dengan keluarga bermula dari datuk dan sebagainya; tarikh lahir, perkahwinan, kematian dan lain-lain.
6.Mengetahui kemahiran renang dan peraturan keselamatan di air. Keselamatan semasa turun di air, timbul tenggelam, cara menahan nafas, meluncur, meniarap, gaya rangkak, gaya tangan atas kepala, gerak tangan, mengapung dan meniarap.
(Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air yang dalamnya paras pinggang Pengakap Kanak-kanak dengan tunjuk cara dari pemimpinnya atau orang dewasa sebagai pembantu.)
ATAU
Menjalankan satu tugas dengan berbasikal secara individu atau kumpulan :
(a) Mengepos surat
(b) Ke Balai Bomba
(c) Ke Klinik / Balai Polis / Balai Penghulu.
4.4 Penyertaan
1.Mengetahui sifat khusus haiwan yang hidup di udara dan di darat:-
1.1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya nama 5 jenis burung dan sifatnya.
1.1.2 Catatkan nama burung-burung yang dapat dilihat setiap minggu dalam Buku Log berkenaan.
1.1.3 Menjejak burung ke sarangnya dan memerhati bagaimana burung membuat sarangnya dan menyatkan kepada pemimpin apa yang dilihatnya.
1.1.4 Menyediakan tempat makan / minuman burung (Feeder).
2.Mengetahui keperluan tumbuhan untuk hidup mendapatkan makanannya seperti bahan pembinaan dari cahaya, air, karbon dioksida; Cara pengambilan air dan karbon dioksida, serta cara tumbuhan menyimpan makanan. Menanam tomato, lada dalam kotak, dalam pasu, mengetahui cara pengadunan tanah, pembajaan, dan penyiraman.
3.Mengetahui betapa mustahaknya memakan makanan yang bersih dan cara mengelakkan makanan menjadi tercemar.
Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap hari seperti karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian.
3.3.1 Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap hari seperti sayuran, buahan, bijiran, protein bahan minuman air dari buah.
3.3.2 Mengetahui makanan seimbang dan bahan-bahannya.
3.3.3 Menghias meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta membersihkan dapur setelah digunakan.
4.Mengetahui Sains Komputer:
4.4.1 Keseronokan menggunakan komputer dengan mengadakan lawatan bersama pemimpin kamu ke tempat komputer sedang digunakan. Sebab komputer digunakan.
4.4.2 Permainan komputer
4.4.3 Cara menghidupkan dan mematikan komputer.
ATAU
4.4.1 Boleh mengucapkan ucapan "Hello" / Apa khabar dalam 10 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
4.4.2 Boleh menyebut angka 1 hingga 10 dalam 5 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
5.Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang siling / Kad Uniphone ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon.
6.Menambah simpanan wang di Bank Simpanan Nasional hingga sebanyak sekurang-kurangnya $5.00.
7.Menyertai satu kumpulan tarian / nasyid dan mencadangkan jenis pakaian untuk tarian / nasyid yang akan dipersembahkan.
4.5 Perkhidmatan
1.Mengumpulkan pakaian lama yang telah terpakai dan barang permainan kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada yang memerlukannya.
2.Mengetahui cara menggunakan telefon, akhbar, TV / Radio, isyarat semaphore, isyarat kepulan asap, memukul gendang, kentung, wisel. (Pilih 3 sahaja)
3.Mendengar syarahan penceramah undangan seperti Doktor Gigi / Jururawat. Pegawai Bomba, Merinyu Polis dan lain-lain dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan ahli Pek tentang bagaimana Pek dapat membantu mereka dalam menjalankan kewajipan kepada masyarakat.
4.Menyediakan sebarang doa selamat untuk Pek dan membincangkannya dengan Pemimpin Pek.
5.Menyimpan akaun perbelanjaan mingguan selama seminggu tentang bagaimana wang saku sendiri dibelanjakan dan bagaimana wang dapat dijimatkan untuk simpanan dalam Bank Simpanan Nasional.
6.Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan tangan, kaki, tuala, baju jeket, kayu, tali, dan sebagainya.
(Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)